Monday, March 8, 2010

LAWATAN KE CAWANGAN-CAWANGAN

PERHATIAN - JADUAL PUSINGAN KE2 LAWATAN KE CAWANGAN YANG MEMASUKI ABN - 10 MAC : MELAKA PINDAH , 11 MAC: AYER PANAS , 12 MAC : PRUMA , 13 MAC : BUKIT META.HARAP MAKLUM.

Thursday, March 4, 2010

Tinjauan Persaiapan ABN di 4B caw. Bukit Meta, Kawasan Kota Melaka






Tarikh : 4 Mac 2010 / Khamis
Masa : 9.00 malam
Tetamu : Mohd Nizam Omar, Pengerusi 4B Negeri Melaka / Shadan Othman Pengerusi Penyelaras ABN 4B N.Melaka merangkap Pengerusi 4B Kota Melaka
Turut Hadir : Norsuriah M. Kamis Setiausaha Kehormat 4B Negeri Melaka / Norhayati Janudin Naib Pengerusi Wanita 4B Kota /
Noorazah Mansor AJK 4B Kota dan Mohd faizal Mohd hashim AJK 4B Negeri Melaka


Intipati program:

Program diadakan bertujuan untuk meninjau dan memantau persiapan calon 4B yang menyertai Anugerah Belia Negara kategori Pertubuhan Belia.
4B Negeri Melaka mengambil inisiatif ini dengan kesedaran bahawa setiap calon 4B mestilah memberikan persembahan yg baik semasa penjurian dan menunjukkan kualiti yg tinggi sesuai dengan hasrat pertandingan.

Menurut Mohd Nizam Omar, tujuan tinjuan ini adalah untuk membantu persiapan serta memberikan idea-idea yang bernas utk menghadapi ABN pd tahun ini. Mohd Nizam merakamkan penghargaan kpd 4B Bukit Meta satu2nya yg berani menyahut cabaran pada tahun ini daripada 19 cawangan yg ada dalam Kawasan Kota Melaka. Menurut beliau, kita masuk ABN bukan semata2 untuk menang tetapi juga mahukan pengalaman kerana pengalaman itu sangat penting bagi seseorang pemimpin utk memimpin persatuan.

4B Negeri sentiasa memberikan ruang dan peluang, bantuan dan sokongan serta memberikan khidmat nasihat kepada semua cawangan yg menyertai ABN.
Nizam juga melahirkan penghargaan kepada 4B Kota Melaka yg diterajui Shadan Othman yang telah berjaya mengadakan banyak program yang bersifat memakmurkan ahli. Penganjuran program ini juga mestilah memberikan impak yang besar kepada semua ahli dan masyarakat setempat.

Ini merupakan tinjauan pusingan pertama yang mana tinjauan pusingan kedua akan dibuat seminggu sebelum penjurian diadakan iaitu sebelum 20 dan 21 Mac 2010. Semua cawangan disaran untuk mempersiapkan diri dari segi bilik gerakan, sistem fail, kemahiran pengucapan awam, aspek ekonomi dan persediaan mental untuk menghadapi ABN ini.

Shadan Othman melahirkan harapan agar 4B Bukit Meta dapat mempertingkat usaha bagi mencapai kejayaan yang lebih baik pada tahun ini. Beliau penuh percaya bahawa dengan penlaman yang ada, 4B Bukit Meta mampu melakukannya. Beliau seterusnya menyarankan agar 4B Bukit Meta memberikan sokongan berterusan kepada aktiviti2 yang dijalankan di peringkat kawasan. Beliau juga berharap agar cawangan2 lain mencontohi 4B Bukit Meta dan menyahut cabaran untuk menyertai ABN pada tahun depan dan persiapan hendaklah dilakukan bermula daripada hari ini.

Muhammad Baktiar Raihan selaku ketua 4B Cawangan berjanji untuk mengulangi kejayaan pada tahun 2008 di mana 4B Bukit Meta mendapat tempat kedua dalam Daerah Melaka Tengah.

Taklimat telah diberikan oleh Norsuriah M. Kamis.

Sekian. Terima Kasih.


Norsuriah M. Kamis
Setiausaha Kehormat 4B Negeri Melaka

Wednesday, March 3, 2010

Kembara Keretapi Melaka Warisan Dunia Promosi SUKAN MELAKA 2010




Tawaran sesiapa ingin mengikuti kembara keretapi melaka warisan dunia promosi SUKAN MELAKA 2010 pd 10-11-4-10 DARI tampin ke butterworth dan bayaran RM 100.00 Tarikh tutup penyertaan pada 19.3.2010.boleh berhubung dengan Zaidi Mohamad (Pengerusi GB4B Kawasan Masjid Tanah 0162057811 atau ofis MGBDAG : 063853603
SEGERA..PENYERTAAN TERHAD

PERTANDINGAN FUTSAL PIALA PENGERUSI 4B NEGERI MELAKA


TARIKH : 14 MAC 2010
MASA : 8.30 PAGI
LOKASI : TEMPAT LETAK KERETA STADIUM JASIN , MELAKA
YURAN : RM 50.00
HUBUNGI: 0123384059 - ENCIK FAIZAL BIN HASHIM.

SAMBUTAN HARI BELIA 2010


Hari Belia Negara 2010 Lahirkan Belia Kreatif Dan Berinovatif

Damansara, 28 Februari 2010 – Hari Belia Negara pada Mei ini akan disambut dengan format yang berbeza berbanding sebelum ini dan akan lebih meriah melalui pelbagai aktiviti mengikut citarasa belia yang telah direncanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Bersempena sambutan Hari Belia Negara, pada Ahad yang lalu telah berlangsung pelancaran Pertandingan Mencari Bintang Kreatif Belia 2010 anjuran KBS dan ADAM (Art and Design Alliance Malaysia) yang telah dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek.

Pertandingan tersebut telah bermula pada bulan Februari sehingga 15 Mei 2010 dan melibatkan tujuh kategori utama seperti Creatif Photograpy, Digital Illustration, Digital Collage, Video Edit (1 hingga 3 minit) Typographic, Short Animation dan Installation Work..baca selanjutnya sila layari http://www.kbs.gov.my/berita.php?f=&page=berita&serialno=281

BELIA PERKASA KEMPEN SUKAN MALAYSIA DI MELAKA



MELAKA - Larian Obor Sukan Malaysia Ke-13 (Sukma) yang bermula kelmarin dilihat menyemarakkan lagi kempen promosi dan publisiti temasya berkenaan yang bakal berlangsung di negeri ini Jun depan.

Pengarah Bahagian Sahabat Belia, Jabatan Ketua Menteri, Mohd Nizam Omar berkata, biarpun ada pihak yang mendakwa kempen promosi itu masih kurang menyengat namun peranan yang dimainkan masyarakat belia dilihat mampu membantu menjayakan kempen tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi Gerakan Belia 4B (GB4B) Negeri berkata, langkah aktif yang dimainkan belia khususnya GB4B menampakkan usaha golongan terbabit memastikan penganjuran di Melaka nanti berjaya.

“GB4B Jasin dan Sungai Rambai telah mengatur gerak dengan menyertai Konvoi Promosi ke Johor dan Pahang pada pertengahan Disember lalu.
“Kami melihat sambutan dan maklum balas daripada belia di sana amat positif dengan masing-masing menyokong penuh usaha ini memastikan penganjuran di Melaka nanti berjalan dengan lancar,” katanya ketika ditemui di Pejabat GB4B Negeri di Jalan Hang Tuah, semalam.

Mohd Nizam berkata, pada awal April depan, GB4B Masjid Tanah akan melakukan ekspedisi berkereta api dari Tampin sehingga ke Perlis.

“Untuk tujuan itu seramai 50 pemimpin belia dari setiap daerah dijangka turut serta dan di dalam kereta api nanti kita akan edar brosur dan penerangan mengenai atur cara Sukma 13 serta venue pertandingan yang bakal dijalankan.

“Di samping itu, Majlis Gerakan Belia Negeri Melaka (MGBM) akan melancarkan gerakan bagi menarik penyertaan belia setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bekerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri,” katanya.

Beliau berkata, belia terbabit akan menjalankan kempen di setiap kawasan dan daerah masing-masing bagi menyemarakkan lagi sukan itu nanti.

“Dalam pada itu, kita turut mengharapkan kerjasama yang tinggi dari pihak Sekretariat Sukma 13 dengan sama-sama menjayakan kempen promosi ini dengan golongan belia.

“Baru-baru ini, sewaktu kita jalankan program sehari bersama GB4B di Jasin, pihak terbabit juga banyak bekerjasama dengan membawa maskot Sukan Malaysia ke-13 dan mengedarkan brosur,” katanya
(petikan sinar harian - edisi sukan)

WAWANCARA PENGERUSI NEGERI - MOHD NIZAM OMAR




Wawancara Pengerusi 4B Negeri Melaka
Tarikh : 2 Mac 2010
Masa : 10 pagi
Tempat : Pejabat 4B Negeri Melaka, Jalan Hang tuah, Melaka
Bersama : sdra. Amran Ali dari sinar harian.