Wednesday, April 28, 2010

MENTERI BELIA SAH HADIR..



ALHAMDULILLAH....
YB. Dato' Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan telah mengesahkan kehadiran untuk hadir dan seterusnya menutup secara rasmi Jom Gebok - Gebok bersama Gerakan Belia 4B Melaka dan Jom bersama Ustaz dan Ustazah pd 2 Mei 2010 (AHAD) jam 8.30 malam di Hadapan Pejabat Gerakan Belia 4B Melaka, Jalan Hang Tuah.

Jom kawan2 kita gebok2x dan hadir....

Teruskan perjuangan...

BERGERAK!!!

NORSURIAH M KHAMIS
SETIAUSAHA
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA NEGERI MELAKA

Tuesday, April 27, 2010

PERKHIDMATAN BAS UTK JOM GEBOK-GEBOK 4B MELAKA



Salam.
Diminta kerjasama semua Pengerusi dan S/U 4B Kawasan sahkan senarai nama peserta:
1. Larian 3 bas (siang)
2. Jom bersama Ustaz Ustazah 2 bas (malam)

(Untuk tujuan t-shirt & makanan.)

Diminta sdra/i uar-uarkan program ini dan bawalah ahli2 4B keluar supaya mereka merasai aktiviti kita di peringkat negeri.
Demi kebajikan ahli dan imej 4B.

Bergerak!!!

Sila Faxkan ke pej. 4B Negeri Melaka 06-2840396.

NORSURIAH M KHAMIS
SETIAUSAHA
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
NEGERI MELAKA

ANTARA ACARA GEBOK-GEBOKB 4B MELAKA



a) Acara permainan - terbuka kpd semua!

1. timang bola takraw
2.gusti lengan
3. kerusi berirama
4. the mummy
5. mencari harta karun
6. menari atas kertas

Hubungi tokey2 ni Mohd Nasir bin Mohd 0136547624 / Faizal Hashim 0123384059

b) Acara Aspek Wanita - Gerak Wanis
Gubahan Moden Coklat (Coklat disediakan oleh penganjur)
Solekan berpasangan gebok-gebok
Pertandingan Mencipta pantun spontan
Pertandingan mewarna kanak2 bwh 6 tahun

Hubungi tokey nya Pn. Mas Ermieyati 0126353330

Monday, April 26, 2010

JOM BERSAMA USTAZ DAN USTAZAH

TARIKH : 2 MEI 2010 / AHAD
MASA : 8.00 MALAM
LOKASI : PERKARANGAN PEJABAT GB4B NEGERI MELAKA , JALAN HANG TUAH WALK
PANEL : USTAZ ZUL RAMLY BIN MOHD RAZALI
: USTAZAH ZAWIYAH BINTI HASSAN
MODERATOR : USTAZ AHMAD FAHIM BIN RABANI
TAJUK : CINTA....??

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI

JOM KE LARIAN 1BELIA 1MALAYSIA , BELIA 4B BENCI DADAH DAN JOM GEBOK-GEBOK SEHARI BERSAMA GB4B MELAKA

JOM SAMA-SAMA MEMERIAHKAN DAN MENYERTAI PROGRAM YANG JULUNG-JULUNG KALI DIADAKAN.KERJASAMA ERAT DIANTARA GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA DAN GERAKAN BELIA 4B NEGERI MELAKA..PELBAGAI ACARA HEBAT MENANTI ANDA....
TARIKH : 2 MEI 2010
MASA : 7.30 PAGI - 6.00 PETANG
LOKASI : PERKARANGAN PEJABAT GB4B NEGERI MELAKA , HANG TUAH WALK MELAKA

1.SENAMTARI BERAGAM GEBOK-GEBOK
2.LARIAN 1BELIA 1MALAYSIA BERSAMA PRESIDEN GB4B MALAYSIA DAN KETUA MENTERI MELAKA
3.TANDATANGAN MOU ANTARA GB4B MALAYSIA DAN AADK
4.CABUTAN NOMBOR BERTUAH
5.AUTO SHOW & DEMO SPRINT TEST CUP PRIX DAN GOKART
6.PAMERAN DARI AGENSI KERAJAAN DAN BELIA
7.PELBAGAI PERTANDINGAN BOLEH DISERTAI
A. PERTANDINGAN MEWARNA
B. PERTANDINGAN AUTOSHOW KERETA
C. PERTANDINGAN KARAOKE BELIA
D. PERTANDINGAN GITAR KAPOK
E. PERTANDINGAN ASPEK WANITA
F. PENGAMBILAN BARU ASKAR WATANIAH
G. PERTANDINGAN INDOOR GAME
- DAM AJI / CONGKAK / BATU SEREMBAN / DAT / GUSTI LENGAN / MENCARI HARTA KARUN
H. PERTANDINGAN SHUFFLE

Monday, March 8, 2010

LAWATAN KE CAWANGAN-CAWANGAN

PERHATIAN - JADUAL PUSINGAN KE2 LAWATAN KE CAWANGAN YANG MEMASUKI ABN - 10 MAC : MELAKA PINDAH , 11 MAC: AYER PANAS , 12 MAC : PRUMA , 13 MAC : BUKIT META.HARAP MAKLUM.

Thursday, March 4, 2010

Tinjauan Persaiapan ABN di 4B caw. Bukit Meta, Kawasan Kota Melaka






Tarikh : 4 Mac 2010 / Khamis
Masa : 9.00 malam
Tetamu : Mohd Nizam Omar, Pengerusi 4B Negeri Melaka / Shadan Othman Pengerusi Penyelaras ABN 4B N.Melaka merangkap Pengerusi 4B Kota Melaka
Turut Hadir : Norsuriah M. Kamis Setiausaha Kehormat 4B Negeri Melaka / Norhayati Janudin Naib Pengerusi Wanita 4B Kota /
Noorazah Mansor AJK 4B Kota dan Mohd faizal Mohd hashim AJK 4B Negeri Melaka


Intipati program:

Program diadakan bertujuan untuk meninjau dan memantau persiapan calon 4B yang menyertai Anugerah Belia Negara kategori Pertubuhan Belia.
4B Negeri Melaka mengambil inisiatif ini dengan kesedaran bahawa setiap calon 4B mestilah memberikan persembahan yg baik semasa penjurian dan menunjukkan kualiti yg tinggi sesuai dengan hasrat pertandingan.

Menurut Mohd Nizam Omar, tujuan tinjuan ini adalah untuk membantu persiapan serta memberikan idea-idea yang bernas utk menghadapi ABN pd tahun ini. Mohd Nizam merakamkan penghargaan kpd 4B Bukit Meta satu2nya yg berani menyahut cabaran pada tahun ini daripada 19 cawangan yg ada dalam Kawasan Kota Melaka. Menurut beliau, kita masuk ABN bukan semata2 untuk menang tetapi juga mahukan pengalaman kerana pengalaman itu sangat penting bagi seseorang pemimpin utk memimpin persatuan.

4B Negeri sentiasa memberikan ruang dan peluang, bantuan dan sokongan serta memberikan khidmat nasihat kepada semua cawangan yg menyertai ABN.
Nizam juga melahirkan penghargaan kepada 4B Kota Melaka yg diterajui Shadan Othman yang telah berjaya mengadakan banyak program yang bersifat memakmurkan ahli. Penganjuran program ini juga mestilah memberikan impak yang besar kepada semua ahli dan masyarakat setempat.

Ini merupakan tinjauan pusingan pertama yang mana tinjauan pusingan kedua akan dibuat seminggu sebelum penjurian diadakan iaitu sebelum 20 dan 21 Mac 2010. Semua cawangan disaran untuk mempersiapkan diri dari segi bilik gerakan, sistem fail, kemahiran pengucapan awam, aspek ekonomi dan persediaan mental untuk menghadapi ABN ini.

Shadan Othman melahirkan harapan agar 4B Bukit Meta dapat mempertingkat usaha bagi mencapai kejayaan yang lebih baik pada tahun ini. Beliau penuh percaya bahawa dengan penlaman yang ada, 4B Bukit Meta mampu melakukannya. Beliau seterusnya menyarankan agar 4B Bukit Meta memberikan sokongan berterusan kepada aktiviti2 yang dijalankan di peringkat kawasan. Beliau juga berharap agar cawangan2 lain mencontohi 4B Bukit Meta dan menyahut cabaran untuk menyertai ABN pada tahun depan dan persiapan hendaklah dilakukan bermula daripada hari ini.

Muhammad Baktiar Raihan selaku ketua 4B Cawangan berjanji untuk mengulangi kejayaan pada tahun 2008 di mana 4B Bukit Meta mendapat tempat kedua dalam Daerah Melaka Tengah.

Taklimat telah diberikan oleh Norsuriah M. Kamis.

Sekian. Terima Kasih.


Norsuriah M. Kamis
Setiausaha Kehormat 4B Negeri Melaka