Wednesday, April 28, 2010

MENTERI BELIA SAH HADIR..



ALHAMDULILLAH....
YB. Dato' Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan telah mengesahkan kehadiran untuk hadir dan seterusnya menutup secara rasmi Jom Gebok - Gebok bersama Gerakan Belia 4B Melaka dan Jom bersama Ustaz dan Ustazah pd 2 Mei 2010 (AHAD) jam 8.30 malam di Hadapan Pejabat Gerakan Belia 4B Melaka, Jalan Hang Tuah.

Jom kawan2 kita gebok2x dan hadir....

Teruskan perjuangan...

BERGERAK!!!

NORSURIAH M KHAMIS
SETIAUSAHA
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA NEGERI MELAKA

Tuesday, April 27, 2010

PERKHIDMATAN BAS UTK JOM GEBOK-GEBOK 4B MELAKA



Salam.
Diminta kerjasama semua Pengerusi dan S/U 4B Kawasan sahkan senarai nama peserta:
1. Larian 3 bas (siang)
2. Jom bersama Ustaz Ustazah 2 bas (malam)

(Untuk tujuan t-shirt & makanan.)

Diminta sdra/i uar-uarkan program ini dan bawalah ahli2 4B keluar supaya mereka merasai aktiviti kita di peringkat negeri.
Demi kebajikan ahli dan imej 4B.

Bergerak!!!

Sila Faxkan ke pej. 4B Negeri Melaka 06-2840396.

NORSURIAH M KHAMIS
SETIAUSAHA
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
NEGERI MELAKA

ANTARA ACARA GEBOK-GEBOKB 4B MELAKA



a) Acara permainan - terbuka kpd semua!

1. timang bola takraw
2.gusti lengan
3. kerusi berirama
4. the mummy
5. mencari harta karun
6. menari atas kertas

Hubungi tokey2 ni Mohd Nasir bin Mohd 0136547624 / Faizal Hashim 0123384059

b) Acara Aspek Wanita - Gerak Wanis
Gubahan Moden Coklat (Coklat disediakan oleh penganjur)
Solekan berpasangan gebok-gebok
Pertandingan Mencipta pantun spontan
Pertandingan mewarna kanak2 bwh 6 tahun

Hubungi tokey nya Pn. Mas Ermieyati 0126353330

Monday, April 26, 2010

JOM BERSAMA USTAZ DAN USTAZAH

TARIKH : 2 MEI 2010 / AHAD
MASA : 8.00 MALAM
LOKASI : PERKARANGAN PEJABAT GB4B NEGERI MELAKA , JALAN HANG TUAH WALK
PANEL : USTAZ ZUL RAMLY BIN MOHD RAZALI
: USTAZAH ZAWIYAH BINTI HASSAN
MODERATOR : USTAZ AHMAD FAHIM BIN RABANI
TAJUK : CINTA....??

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI

JOM KE LARIAN 1BELIA 1MALAYSIA , BELIA 4B BENCI DADAH DAN JOM GEBOK-GEBOK SEHARI BERSAMA GB4B MELAKA

JOM SAMA-SAMA MEMERIAHKAN DAN MENYERTAI PROGRAM YANG JULUNG-JULUNG KALI DIADAKAN.KERJASAMA ERAT DIANTARA GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA DAN GERAKAN BELIA 4B NEGERI MELAKA..PELBAGAI ACARA HEBAT MENANTI ANDA....
TARIKH : 2 MEI 2010
MASA : 7.30 PAGI - 6.00 PETANG
LOKASI : PERKARANGAN PEJABAT GB4B NEGERI MELAKA , HANG TUAH WALK MELAKA

1.SENAMTARI BERAGAM GEBOK-GEBOK
2.LARIAN 1BELIA 1MALAYSIA BERSAMA PRESIDEN GB4B MALAYSIA DAN KETUA MENTERI MELAKA
3.TANDATANGAN MOU ANTARA GB4B MALAYSIA DAN AADK
4.CABUTAN NOMBOR BERTUAH
5.AUTO SHOW & DEMO SPRINT TEST CUP PRIX DAN GOKART
6.PAMERAN DARI AGENSI KERAJAAN DAN BELIA
7.PELBAGAI PERTANDINGAN BOLEH DISERTAI
A. PERTANDINGAN MEWARNA
B. PERTANDINGAN AUTOSHOW KERETA
C. PERTANDINGAN KARAOKE BELIA
D. PERTANDINGAN GITAR KAPOK
E. PERTANDINGAN ASPEK WANITA
F. PENGAMBILAN BARU ASKAR WATANIAH
G. PERTANDINGAN INDOOR GAME
- DAM AJI / CONGKAK / BATU SEREMBAN / DAT / GUSTI LENGAN / MENCARI HARTA KARUN
H. PERTANDINGAN SHUFFLE

Monday, March 8, 2010

LAWATAN KE CAWANGAN-CAWANGAN

PERHATIAN - JADUAL PUSINGAN KE2 LAWATAN KE CAWANGAN YANG MEMASUKI ABN - 10 MAC : MELAKA PINDAH , 11 MAC: AYER PANAS , 12 MAC : PRUMA , 13 MAC : BUKIT META.HARAP MAKLUM.

Thursday, March 4, 2010

Tinjauan Persaiapan ABN di 4B caw. Bukit Meta, Kawasan Kota Melaka






Tarikh : 4 Mac 2010 / Khamis
Masa : 9.00 malam
Tetamu : Mohd Nizam Omar, Pengerusi 4B Negeri Melaka / Shadan Othman Pengerusi Penyelaras ABN 4B N.Melaka merangkap Pengerusi 4B Kota Melaka
Turut Hadir : Norsuriah M. Kamis Setiausaha Kehormat 4B Negeri Melaka / Norhayati Janudin Naib Pengerusi Wanita 4B Kota /
Noorazah Mansor AJK 4B Kota dan Mohd faizal Mohd hashim AJK 4B Negeri Melaka


Intipati program:

Program diadakan bertujuan untuk meninjau dan memantau persiapan calon 4B yang menyertai Anugerah Belia Negara kategori Pertubuhan Belia.
4B Negeri Melaka mengambil inisiatif ini dengan kesedaran bahawa setiap calon 4B mestilah memberikan persembahan yg baik semasa penjurian dan menunjukkan kualiti yg tinggi sesuai dengan hasrat pertandingan.

Menurut Mohd Nizam Omar, tujuan tinjuan ini adalah untuk membantu persiapan serta memberikan idea-idea yang bernas utk menghadapi ABN pd tahun ini. Mohd Nizam merakamkan penghargaan kpd 4B Bukit Meta satu2nya yg berani menyahut cabaran pada tahun ini daripada 19 cawangan yg ada dalam Kawasan Kota Melaka. Menurut beliau, kita masuk ABN bukan semata2 untuk menang tetapi juga mahukan pengalaman kerana pengalaman itu sangat penting bagi seseorang pemimpin utk memimpin persatuan.

4B Negeri sentiasa memberikan ruang dan peluang, bantuan dan sokongan serta memberikan khidmat nasihat kepada semua cawangan yg menyertai ABN.
Nizam juga melahirkan penghargaan kepada 4B Kota Melaka yg diterajui Shadan Othman yang telah berjaya mengadakan banyak program yang bersifat memakmurkan ahli. Penganjuran program ini juga mestilah memberikan impak yang besar kepada semua ahli dan masyarakat setempat.

Ini merupakan tinjauan pusingan pertama yang mana tinjauan pusingan kedua akan dibuat seminggu sebelum penjurian diadakan iaitu sebelum 20 dan 21 Mac 2010. Semua cawangan disaran untuk mempersiapkan diri dari segi bilik gerakan, sistem fail, kemahiran pengucapan awam, aspek ekonomi dan persediaan mental untuk menghadapi ABN ini.

Shadan Othman melahirkan harapan agar 4B Bukit Meta dapat mempertingkat usaha bagi mencapai kejayaan yang lebih baik pada tahun ini. Beliau penuh percaya bahawa dengan penlaman yang ada, 4B Bukit Meta mampu melakukannya. Beliau seterusnya menyarankan agar 4B Bukit Meta memberikan sokongan berterusan kepada aktiviti2 yang dijalankan di peringkat kawasan. Beliau juga berharap agar cawangan2 lain mencontohi 4B Bukit Meta dan menyahut cabaran untuk menyertai ABN pada tahun depan dan persiapan hendaklah dilakukan bermula daripada hari ini.

Muhammad Baktiar Raihan selaku ketua 4B Cawangan berjanji untuk mengulangi kejayaan pada tahun 2008 di mana 4B Bukit Meta mendapat tempat kedua dalam Daerah Melaka Tengah.

Taklimat telah diberikan oleh Norsuriah M. Kamis.

Sekian. Terima Kasih.


Norsuriah M. Kamis
Setiausaha Kehormat 4B Negeri Melaka

Wednesday, March 3, 2010

Kembara Keretapi Melaka Warisan Dunia Promosi SUKAN MELAKA 2010




Tawaran sesiapa ingin mengikuti kembara keretapi melaka warisan dunia promosi SUKAN MELAKA 2010 pd 10-11-4-10 DARI tampin ke butterworth dan bayaran RM 100.00 Tarikh tutup penyertaan pada 19.3.2010.boleh berhubung dengan Zaidi Mohamad (Pengerusi GB4B Kawasan Masjid Tanah 0162057811 atau ofis MGBDAG : 063853603
SEGERA..PENYERTAAN TERHAD

PERTANDINGAN FUTSAL PIALA PENGERUSI 4B NEGERI MELAKA


TARIKH : 14 MAC 2010
MASA : 8.30 PAGI
LOKASI : TEMPAT LETAK KERETA STADIUM JASIN , MELAKA
YURAN : RM 50.00
HUBUNGI: 0123384059 - ENCIK FAIZAL BIN HASHIM.

SAMBUTAN HARI BELIA 2010


Hari Belia Negara 2010 Lahirkan Belia Kreatif Dan Berinovatif

Damansara, 28 Februari 2010 – Hari Belia Negara pada Mei ini akan disambut dengan format yang berbeza berbanding sebelum ini dan akan lebih meriah melalui pelbagai aktiviti mengikut citarasa belia yang telah direncanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Bersempena sambutan Hari Belia Negara, pada Ahad yang lalu telah berlangsung pelancaran Pertandingan Mencari Bintang Kreatif Belia 2010 anjuran KBS dan ADAM (Art and Design Alliance Malaysia) yang telah dilancarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek.

Pertandingan tersebut telah bermula pada bulan Februari sehingga 15 Mei 2010 dan melibatkan tujuh kategori utama seperti Creatif Photograpy, Digital Illustration, Digital Collage, Video Edit (1 hingga 3 minit) Typographic, Short Animation dan Installation Work..baca selanjutnya sila layari http://www.kbs.gov.my/berita.php?f=&page=berita&serialno=281

BELIA PERKASA KEMPEN SUKAN MALAYSIA DI MELAKA



MELAKA - Larian Obor Sukan Malaysia Ke-13 (Sukma) yang bermula kelmarin dilihat menyemarakkan lagi kempen promosi dan publisiti temasya berkenaan yang bakal berlangsung di negeri ini Jun depan.

Pengarah Bahagian Sahabat Belia, Jabatan Ketua Menteri, Mohd Nizam Omar berkata, biarpun ada pihak yang mendakwa kempen promosi itu masih kurang menyengat namun peranan yang dimainkan masyarakat belia dilihat mampu membantu menjayakan kempen tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi Gerakan Belia 4B (GB4B) Negeri berkata, langkah aktif yang dimainkan belia khususnya GB4B menampakkan usaha golongan terbabit memastikan penganjuran di Melaka nanti berjaya.

“GB4B Jasin dan Sungai Rambai telah mengatur gerak dengan menyertai Konvoi Promosi ke Johor dan Pahang pada pertengahan Disember lalu.
“Kami melihat sambutan dan maklum balas daripada belia di sana amat positif dengan masing-masing menyokong penuh usaha ini memastikan penganjuran di Melaka nanti berjalan dengan lancar,” katanya ketika ditemui di Pejabat GB4B Negeri di Jalan Hang Tuah, semalam.

Mohd Nizam berkata, pada awal April depan, GB4B Masjid Tanah akan melakukan ekspedisi berkereta api dari Tampin sehingga ke Perlis.

“Untuk tujuan itu seramai 50 pemimpin belia dari setiap daerah dijangka turut serta dan di dalam kereta api nanti kita akan edar brosur dan penerangan mengenai atur cara Sukma 13 serta venue pertandingan yang bakal dijalankan.

“Di samping itu, Majlis Gerakan Belia Negeri Melaka (MGBM) akan melancarkan gerakan bagi menarik penyertaan belia setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bekerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri,” katanya.

Beliau berkata, belia terbabit akan menjalankan kempen di setiap kawasan dan daerah masing-masing bagi menyemarakkan lagi sukan itu nanti.

“Dalam pada itu, kita turut mengharapkan kerjasama yang tinggi dari pihak Sekretariat Sukma 13 dengan sama-sama menjayakan kempen promosi ini dengan golongan belia.

“Baru-baru ini, sewaktu kita jalankan program sehari bersama GB4B di Jasin, pihak terbabit juga banyak bekerjasama dengan membawa maskot Sukan Malaysia ke-13 dan mengedarkan brosur,” katanya
(petikan sinar harian - edisi sukan)

WAWANCARA PENGERUSI NEGERI - MOHD NIZAM OMAR




Wawancara Pengerusi 4B Negeri Melaka
Tarikh : 2 Mac 2010
Masa : 10 pagi
Tempat : Pejabat 4B Negeri Melaka, Jalan Hang tuah, Melaka
Bersama : sdra. Amran Ali dari sinar harian.

Tuesday, February 16, 2010

KUNJUNG HORMAT PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA - ENCIK R EFFENDI





TARIKH : 11 /02/2010
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT : KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN AYER KEROH MELAKA

TERIMAKASIH KEPADA ENCIK R EFFENDI KERANA SUDI MELUANGKAN MASA UNTUK BERSAMA-SAMA KAMI BAGI MEMBINCANGKAN KERJASAMA DUA HALA DIANTARA BELIA DAN AGENSI KERAJAAN YANG DIAMANHKAN UNTUK MENJAGA BELIA IAITU JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA.BANYAK PERKARA DAN MASALAH TERUNGKAI DAN BERJAYA DI ATASI DENGAN SEMANGAT MUHIBBAH DAN KERJASAMA DIANTARA DUA PIHAK.
SEMUGA KERJASAMA INI AKAN BERTERUSAN DAN MENJADIKAN MEDAN PERBINCANGAN DUA HALA MENJADI MEDIUM TERBAIK UNTUK MENCAPAI KESEPAKATAN DAN PENGUKUHAN DUA PIHAK.
TERIMAKASIH DAN TAHNIAH.

BERGERAK

Sunday, February 7, 2010

SEMINAR PEMANTAPAN ABN UNTUK CAWANGAN 4B



GERAKAN BELIA 4B MELAKA AMAT MENYOKONG MANA-MANA CAWANGAN YANG MEMASUKI ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA BAGI SETIAP KATEGORI BAGI MEMASTIKAN 4B TERUS MENJULANG KEJUARAAN PADA SETIAP TAHUN.AHLI 4B PERLU KREATIF DAN MEMPUNYAI INOVASI YANG TERKINI BAGI MEMASTIKAN KEJAYAAN 4B. PELBAGAI INISIATIF PERLU DIJALANKAN UNTUK MEMANTAPKAN PENYERTAAN MASING-MASING - BERGERAK

GERAKAN BELIA 4B JASIN MENGADAKAN SESI TAKLIMAT ABN

MENGGALAKKAN AHLI 4B BERHUBUNG MELALUI FACEBOOK



facebook adalah wadah baru dalam menjalinkan perhubungan dengan lebih terbuka dan tanpa sempadan.Facebook juga boleh menjadi medium penyampai maklumat yang efisen dengan kaedah perhubungan 2 hala dalam bentuk tulisan.YAB Ketua Menteri dan Pengerusi 4B Negeri juga mempunyai facebook tersendiri khusus untuk mendengar masalah ahli dan menyampaikan aktiviti sepenjang hari.Tahniah juga kepada Gerakan Belia4B Cawangan Melaka Pindah kerana mengadakan majilis perasmian untuk facebook cawangan mereka.Tahniah-BERGERAK

SAMBUTAN PONGGUL KBBT MELAKA - SEMANGAT 1BELIA 1 MALAYSIA





PADA 6 HB FEBRUARI 2010 , PENGERUSI GERAKAN BELIA 4B NEGERI MELAKA ENCIK MOHD NIZAM BIN OMAR TELAH DIJEMPUT SAMA MENYERTAI MAJLIS PONGGUL ANJURAN KBBT NEGERI MELAKA YANG TELAH DIRASMIKAN OLEH YB DATUK R PERUMAL. PROGRAM TERSEBUT TELAH DIHADIRI DENGAN SEMANGAT PERPADUAN DAN PENYATUAN UNTUK SEMUA AGAMA DAN BANGSA DALAM MALAYSIA.PROGRAM TERSEBUT JUGA DI HADIRI OLEH KETUA PENERANGAN GB4B NEGERI MELAKA , ENCIK SUHAIZAN BIN HAJI NOH..
MENUJU PERPADUAN DAN PENGUKUHAN BANGSA 1 MALAYSIA-BERGERAK

Thursday, February 4, 2010

TAHNIAH YAB DATUK SERI MOHD ALI - DI ATAS KEJAYAAN GEMILANG LAWATAN PM KE MELAKA







TAHNIAH DAN SYABAS GERAKAN BELIA 4B NEGERI MELAKA UCAPKAN DI ATAS KEJAYAAN YAB DATUK SERI KETUA MENTERI MELAKA KERANA KEHEBATAN PROGRAM LAWATAN KERJA PERDANA MENTERI KE MELAKA.BANYAK MANAFAAT DAN PEMBANGUNAN NEGERI MELAKA MAMPU DIZAHIRKAN DENGAN KOMITMEN DAN PERANCANGAN YANG TELITI LAGI BERSTRATEGI YAB KETUA MENTERI MELAKA.DI AWAL LAWATAN PERDANA MENTERI TELAH MEMPERLIHATKAN HASRAT KERAJAAN NEGERI MELAKA SEBAGAI SEBUAH NEGERI BERTARAF ANTARABANGSA DENGAN PERASMIAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA MELAKA DI BATU BERENDAM , HANG TUAH JAYA , MEMENTINGKAN ASPEK KEAGAMAAN DAN AKHLAK YANG TINGGI DENGAN PERASMIAN MASJID DI MERLIMAU , MENDENGAR KELUHAN DAN MASALAH RAKYAT DENGAN MELAWAT JETI NELAYAN DI PANTAI SIRIN MERLIMAU , MEMENTINGKAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK BANGSA DENGAN MELAWAT KAMPUS BANDAR UITM , MENINJAU PEMBANGUNAN PELANCONGAN MELAKA DI KAMPUNG MORTEN DAN SUNGAI MELAKA JUGA BERAMAH MESRA BERSAMA PENDUDUK NEGERI MELAKA DENGAN MENGHADIRI JAMUAN RAKYAT YANG BERJAYA MENGHIMPUNKAN SERAMAI 51,000 ORANG DAN BERJAYA MENCATAT BOOK OF RECORD MALAYSIA.PERASMIAN DATARAN 1MALAYSIA KLEBANG JUGA MENANDAKAN ARAS PEMBANGUNAN MELAKA DI TAHAP YANG MEMBANGGAKAN.SEMUA INI TIDAK AKAN MENJADI REALITI SEKIRANYA TANPA KERJA KUAT DAN KOMITMEN DARI YAB DATUK SERI HAJI MOHD ALI MOHD RUSTAM KETUA MENTERI MELAKA.KAMI GERAKAN BELIA 4B NEGERI MELAKA SENTIASA MENYOKONG PENUH DAN BANGGA DI ATAS KEPIMPINAN DATUK SERI.TERUSKAN USAHA PEMBANGUNAN MELAKA - YAB DATUK SERI HAJI MOHD ALI MOHD RUSTAM - ARKITEK PEMBANGUNAN MELAKA MODEN..MELAKA MAJU 2010...lari..lari..kita..lari..1 malaysia..melaka..maju..2010..
BERGERAK

(ehsan foto : ija hashim & rakan facebook)

Wednesday, February 3, 2010

YAB DATUK SERI HJ MOHD ALI MOHD RUSTAM - PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT


UCAPAN TERIMAKASIH DAN PENGHARGAAN KERANA USAHA DAN PERTOLANGAN DATUK SERI KERANA BERJAYA MEMBANTU MEMBEBASKAN 6 ORANG NELAYAN KITA YANG DITAHAN OLEH PIHAK MARIN INDONESIA.USAHA INI TELAH BERJAYA MERINGANKAN BEBANAN KELUARGA TERBABIT KERANA NELAYAN YANG DITAHAN TERSEBUT MERUPAKAN KETUA KELUARGA NELAYAN YANG MENCARI REZEKI DI LAUT. KAMI WARGA GERAKAN BELIA 4B JUGA MENYAMBUT BAIK SARANAN DAN CADANGAN YAB DATUK SERI DI MANA KERAJAAN NEGERI MELAKA AKAN MEMBEKALKAN GPS KEPADA NELAYAN-NELAYAN NEGERI MELAKA.YAB DATUK SERI TELAH MENJADI PEMIMPIN BELIA YANG PRIHATIN DAN MENJADI CONTOH KEPADA PEMIMPIN-PEMIMPIN DAN RAKYAT MELAKA KHUSUNYA.KAMI AMAT BERTUAH DAN BERBANGGA DENGAN PERTOLONGAN INI.BESAR HARAPAN KAMI AGAR NELAYAN NEGERI MELAKA TERUS MENERUS MENYOKONG KEPIMPINAN YAB DATUK SERI DAN KAMI BERISAN GERAKAN BELIA 4B TETAP BERDIRI TEGUH DI BELAKANG YAB DATUK SERI UNTUK BERSAMA MENGGERAKKAN NEGERI MELAKA SEBAGAI NEGERI BELIA DAN NEGERI JUARA RAKYAT.USAHA BEGINILAH YANG MENAMBAT HATI RAKYAT LANTAS MELETAKKAN UMNO JUARA RAKYAT.TERIMAKASIH KERAJAAN NEGERI MELAKA YANG DITERAJUI OLEH BARISAN NASIONAL DI ATAS KEPERIHATINAN INI..GB4BMELAKA

GB4B - MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN PM



ehsan foto : Shadan Othman
GB4B MELAKA MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN PM KE NEGERI MELAKA
TERIMAKASIH YAB DATUK SERI MOHD NAJIB

MESYUARAT GB4B MELAKA BIL 01/2010




Ehsan Foto : Norhayati Janudin
TARIKH : 4 FEBRUARI 2010
MASA : 6.00 PETANG
LOKASI : PEJABAT GB4B MELAKA , JALAN HANG TUAH

MESYUARAT TELAH DIPENGERUSIKAN OLEH ENCIK MOHD NIZAM OMAR DAN BEBERAPA PERKARA TELAH DIBINCANGKAN UNTUK MENGGERAKKAN BELIA 4B 2010

MESYUARAT AGUNG 2010

Adalah dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Saudara/i adalah diarahkan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan dan Kawasan mengikut Peraturan dan Perlembagaan pada ketentuan berikut:

2.1. Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan 4B hendaklah diadakan

bermula daripada 1 Januari sehingga 30 April 2010.

2.2. Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kawasan 4B hendaklah

diadakan bermula daripada 1 Mei sehingga 30 Jun 2010.

2.3 Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Negeri hendaklah diadakan

bermula dari 1 julai hingga 30 Ogos 2010.

3. Dalam hubungan ini, sukacita sekiranya pihak Saudara/i dapat mengambil tindakan sewajarnya dan mengeluarkan Notis Mesyuarat Agung Perwakilan 2010 kepada cawangan di bawah pentadbiran Pertubuhan masing-masing.

Sekian.

“BERSATU BELAJAR BEKERJA BERKHIDMAT”

“BERGERAK”

“1BELIA 1MALAYSIA”

Saya yang menjalankan tugas,

(NORSURIAH BINTI M. KAMIS)

Setiausaha Kehormat

Tuesday, February 2, 2010

KUNJUNG HORMAT DENGAN YAB KETUA MENTERI MELAKA



MESYUARAT MPAT GERAKAN BELIA 4B NEGERI MELAKA





SALAM PERJUANGAN

GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA NEGERI MELAKA AKAN TERUS KOMITED UNTUK PERJUANGAN MEMARTABATKAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA..
PERJUANGAN HARUS DITERUSKAN

SUHAIZAN HAJI NOH
KETUA PENERANGAN
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
NEGERI MELAKA